Sila Baca Sebelum Mengorder
fadz on 02 16, 2010
Assalamualaikum kawan²/pelanggan² yang dikasihi sekalian,
CARA ORDER:
Untuk mengorder, anda boleh order melalui “Comment Box” di setiap entri di blog ini ataupun sms fadz di
(jangan call, sms je lagi senang). Orang yang pertama membuat order(saya akan semak waktu yang anda order), akan dianggap orang pertama yang booked! Mudah sangat, kan?
Contoh sms:
Kak Fadz, saya nak order kain kod no. (tut…tut). Ada stok tak ,kak?
P/s: Kalau boleh, jangan order melalui emel sebab kadang² saya terlepas pandang
CARA POS:
Saya akan menggunakan Poslaju untuk pelanggan di Malaysia dan Pos Daftar untuk pelanggan di luar negara. InsyaAllah, kain akan sampai dalam jangkamasa 1-2 hari(Poslaju) atau 5-14 hari(Pos Daftar). Selepas pos, saya akan emel setiap pelanggan saya untuk memberitahu tracking no.nya. Semua harga yang dipaparkan di website ini TIDAK termasuk harga pos.
Harga pos akan dikira seperti berikut:
Semenanjung(Poslaju)
RM5 untuk sepasang kain
dan
Tambah RM2 untuk setiap pasang kain seterusnya.
Sabah/Sarawak(Pos Daftar)
RM5 untuk sepasang kain
dan
Tambah RM1 untuk setiap pasang kain seterusnya.
ATAU
Sabah/Sarawak(PosLaju)
RM9 untuk sepasang kain
dan
Tambah RM2 untuk setiap pasang kain seterusnya.
p/s: Jika anda berada di luar negara, sila emel saya untuk mengetahui harga pos anda. Saya akan cuba bagi harga yg terbaik!! Emel: fadzbiz[at]gmail.com
CARA PEMBAYARAN:
Saya akan menghantar butiran² tentang no. acc saya di emel anda(pastikan emel anda adalah betul). Setiap pembayaran hendaklah dibuat dalam masa 3 HARI selepas order dibuat. Jika tidak boleh membuat pembayaran dalam jangkamasa tersebut, sila beritahu saya melalui sms(012-6408814). Selepas 3 hari, jika tiada apa² pemberitahuan daripada anda, saya akan batalkan order anda secara automatik(untuk kebaikan pelanggan saya juga).
Pembayaran boleh dibuat melalui:
CIMB
MAYBANK
BANK ISLAM
p/s: Pastikan emel anda adalah tepat & betul ketika anda meninggalkan komen di “comment box”
